Tuesday, April 28, 2015

Cousin's Engagement in Kelantan and jalan2

Assalamualaikum ;;)

 Pejam celik pejam celik, sudah menghampiri Mei.. Uuuu tak lama jer lagi dahh beranak 3 uols. Haha. So for the time being, sedang enjoy hari2 beranak 2 gituuu kekdahnya. 'Enjoy' la sangat :D Ok berbalik kepada tajuk entry, kalau entry sebelum ni mengenai majlis pertunangan di Terengganu so this time al kisah bertunang di Kelantan pulak. Wee weee. Bulan bertunang seduniaaa Hehe

Yang bertunang ni adalah sepupu MK jugak. Lelaki. Dan bakal isterinya orang Kelantan. Maka ke kelantan lah kami untuk meminang bunga di taman. Cewah ;) Bertempat ni Melor. Tak jauh dari Pasir Mas kalau tak silap.

So off we go!!



Mek yang excited bila nak berjalan. Takmau duduk dalam car seat. Nak duduk atas riba mama yang empuk ni. Harap maklum T__T

Dan paling tak bleh blah dan tak munasabah skali, dorang suruh laki aku yang rock dan ensem ni jadi tukang karut a.k.a tukang meminang boleh??? HAHAHA lawak gila kot kuikui. Neves la kawan tuuu. Aku risau dia neves tersasul meminang untuk diri sendiri pulak. Adeeeee kena kejar dengan parang tu nanti :'D

Dan sementara papa dia jadi tukang meminang, princess gegirl dia ni sibuk berguling2 sana sini (-_-") Ampunnn tuan rumah. Malunyaa saya tidak terperi. Huhu. Dia bukan tantrum tapi just simply excited maka menari2 dan berguling2 di hadapan semua tetamu keluarga. Nice :p

Tak dok diammm. Adaaaa je acara dia. Huhu


Upacara kemuncak. Tuuu dia mek klate comei lote ngat aiihhh. Hehe. Upacara menyarung cincin. Hihi. Teringat zaman2 bertunang dengan MK dulu ;) Auuuuuuuw hihi


Berpeluh sakan siap main pasir sapu kat pipi macam bedak bole? Siap merayau jumpa kandang rabbit kat tepi rumah dalam hutan sikit huahuaaa.

Malamnya kami bermalam di hotel apatah nama sumpah lupa sebab lama sangat. Tapi scenery sangat lawa sebab berhadapan sungai kelantan. Ni hotel dekat town. Tak jauh dari Pasar Siti Khadijah.


Malamnya sempat berdating dengan BFF since Matrik. Hanaa yeayyy. Walaupon dapat jumpa kejap sebab anak masing2 dah tantrum, jadi laaa. Lepas renduuu Hehe.

Esoknya lepas checkout terus pulang ke KL. Fuhh berpeluh pungkoq okayyy. Tobat rasa takmau pegi kelantan dah haha. Anyway kami silap masuk jalan. Jalan tu dah ditutup sebab ekoran kejadian banjir bulan 12 lepas. Ada jambatan runtuh. Dah jauhhhhh jalan. Skali baru tau jalan tutup. Choiii!!! Rupanya ada signboard masa nak masuk bagitau jambatan runtuh tapi kecik benoooooo signboardnya. Mak stress tahu!!??


Ni la sekitar tempat jambatan runtuh tu. Aku siap nangis kat sini sebab pikirkan sakit pinggang sakit badan segala. Nak balik kl nak balik kl T___T MK plak pegi nyembang lama2 dengan orang kampung. Stress aku. Dah lah nak maghrib dah masa tu. Risaauuuu perjalanan masih jauh tapi hari dah nak malam. Hmmm.

Dan kami pon sampai hampir nak subuh dalam 5am tak silap. Bertolak 12pm. So dalam 15 jam jugak lah. Sweet tak sweet?? Hu Hu.

OK entry berakhir sedikit sendu sebab tak tahu nak tulis apa dah. OK bye! :p


Thursday, April 23, 2015

Openhouses..errr aidilfitri pictures hihi

Assalamualaikum ;;)

This entry telah ditulis pada bulan September 2014 namun tiada berpublish. Maka layan jelah nokkk. Dari jadi pekasammm ;p

Ya Allah, what's up with you ciare? We're just one week to Aidiladha and you still not finish updating your aidilfitri's pictures? #ADAAKUKESAH? Hahaha. So since I got some free leisure times, I chose to update my blog instead of lipat kain. Not a good example of a housewife's criteria but then again, #adaakukesah? Hihi

I think we just went about 4 openhouses during syawal. Sorry for not attending other's invitation because I was down with sinus-viruses-fever for 2 weeks. I thought I had dengue fever. Nauzubillah. Mintak simpang.

 So this is me with Nana. She's my project-mate in m*****e about 4 years ago. And we currently live in the same 3km radius like that hehe. But rarely meeting each other. So raya-meeting-session is a must la kan. And her house is superb. Jelesnya. Haih still saving money to buy a house. Hope Allah will ease our journey to buy a house :)
 My school-mates during #semetrik. Suka suka suka. Love to see them and laughing about 13 year's ago memories ;)

Cousin's Engagement in Terengganu

Assalamualaikum ;;)

Paling suka bab2 kenduri-kendara especially kalau kenduri kaum keluarga. Kali ni, kenduri majlis bertunang sepupu MK. So, nananana ganu kiteee lah ;)) Hikhik. Suka ada acara moment2 indah dan majlis yang indah. Mak like like. Hehe. Ok mungkin faktor utama sebab makanan sedap juga (-_-")

Krik krik krik
(cengkerik lalu :p)

Gegirl yang bertunang ni sepupu MK. Sidah nama dia. Haaaaa. Kemain cantek manis sopan ayunyaaaa. Hish. Pelamin plak lawa gile okayyyy. Tahniah tahniah!!

Actually lama dah majlis ni, sebab next week, Sidah bakal menamatkan zaman bujangnya. Haaa. Punya lama kau nak update blog. Sampai dah nak kawen tuan punya badan. Nasib baik ko tak update blog pasal pertunangan dia masa dia dah beranak dua tiga orang kan :D

OK lah enuf membebel, tengok gambar jelah hu hu

Momen menyarungkan cincin :)

Haaa ciom lama2 skettt hehe

Budak penyeboks. Sakan dia posing atas pelamin. Macam majlis dia pulak.

Duk kibas2 dress nyanyi lagu Let It Goooo. Ko mampu??

Dah dah le tu dik

Hoi hoi enuf!

(-_-")

Tapi bila ajak berposing, takmo pulakkkk. Guaneeeee??

Adik2 ipar dan anak2 dorang. Rayyan menyelit. Aku malas nak join nanti confirmmmm aku paling besar. Sigh.

Hana Humairah :) Anak sedara kepada kakak Sidah. Syomeiiiiii sangat. Putih gebu dan paling penting. Mata kaler hazel okay!! Ko ado mata ori kaler hazel? Ado pon sebab colored lens kannn. Bukan ori ponnn (cakap kat diri sendiri) HUAHUA

Yeay minggu depan balik Ganu untuk majlis pernikahan & persandingan Sidah. Tak sabar nak gomoi2 Hana Humairah :')



Monday, April 20, 2015

Corat Coret Mengandung Kali Ke-3 :)

Assalamualaikum ;;)

 Syukur Alhamdulillah. Dah masuk 3rd trimester. Tapi, kenapakah rasa macam sedang berada di fasa 39 minggu??? Cobaan dugaan mengandung kali ketiga tak kurang hebatnya. Setiap kali mengandung ujiannya lain-lain dan, kerana faktor umur makin meningkat membuatkan cobaan tu bertambah2.

Oleh itu, adik2 muda sekalian, kahwin lah segera. Nanti boleh beranak di usia muda. Ahkak ni mengandung di usia 30 rasa macam mengandung di usia 40. Rasa lemahnyaaaa lah. Tak apalah, dapat pahala kan bawa perut ni :') #thinkpositive

Betul, tak banyak bercerita di blog mengenai 3rd pregnancy ni. Tapi di twitter instagram facebook adalah meroyan sikit-sikit pasal kemengandungan ini. Huhu. Sian baby mama bukan tak mau cerita pasal baby, tapi itu lah. Berblog memang makin sepiiii je. Namun sebab ada 20 ongoing ads di #nuffnang mak terpaksa juga update blog. Untung2 boleh beli carseat cosatto untuk baby nanti pakai duit nuffnang mehmehmeh :D

OK antara kronologi yang masih ingat dalam kepala hotak sepanjang mengandung kali ni.....

- Di sahkan hamil awal November. Aku memang spesis bila 'lekat' je terussssss uwek uwek. So tak payah test upt pon takpalah dah tau confirm pregnant sebab rasa lain macemmm
- November Disember Januari Februari Mac mabuknyaaaa. Haaaa. Awal april baruuu lah tak ada mabuk uols. Hmm. Lama, memang lama. 
- Muntah2 teruk tu perkara biasa lah. Hidung berdarah. Tonsil. Pening lalat. Gastrik. Kembung. Bla bla bla and whatnot. Suka dalam duka la pendek cite :D
- Masuk 3rd trimester cubaannya rasa cepat mengah, lemah, lenguh pinggang, and now sakit pungkoq. Maybe sebab travel by car kot. Huhuuu

Apepon, setiap hari enjoy tengok perut. Tak sabarrrr nak jumpa baby and gomoi dia. Abang Rayyan jugak excited sangat. Dah hafal dah nama baby. Tak panggil baby pon, terus pegang perut mama and panggil nama baby. Haaaa nanti baby dah keluar moga2 abang pandai lah jaga ye. Huhu....

Last but not least,

7 bulan sudah perut mak bersama perantin baru hihi

Wednesday, April 15, 2015

The yummiest cheesekut by me. Uhuk Uhuk

Assalamualaikum ;;)

Huih dah lama tak upload gamba makanan ek. Tapi i masak setiap hari okayy. Very the solehah and mithali angattt :D So nak dijadikan cerita ada orang mengidam nak makan cheesekut. Haaa korang agak sapa? Aku lahh. Hahaha. Tapi sebab tak boleh makan yang manis2, so kita buat saja yang version sehat tak tawar heber sudah. Janji merasooo.

Sedapnyaaa layan ciskut ni. Nak nak lepas simpan dalam fridge kan, bila ngappp rasa aummm sejukkk aje.

Resepinya silalah google okay. Melambak kott di google sana. Yang ni cheesekut version oreo. Buang krim dia sebab krim dia manis. Kalau nak mantap lagi taboq la milo. Nak crunchy sikit taboq la nestum. Gituuuu. Ada paham? Baguihhh. Sorry lah gamba di atas tak senonoh sebab bila dah makan baru teringat nak selfie kan si ciskut ni. Maka terimalah gambar di atas seadanya :)

 Last but not least, anak dara aku nak interpremmm sikit kat blog mama dia. Hihi. Hai Kakak Acha!! ;)

Monday, April 13, 2015

Chinese New Year celebration at Rayyan's School

Assalamualaikum ;;)

Bila anak dah sekolah ni memang seronok. Sebab di tadika adaaaa je aktiviti dijalankan. So sebagai parents haruslah excited nak tengok anak join aktiviti tu kan. So far memang ada macam-macamlah aktiviti kat school especially setiap festival di Malaysia ni. Then aktviti lain macam cooking, crafting, dan macam2 lah. Seronok tengok involvement dia kat skolah. At first, haruslah malu2 la apa. Tapi sekarang dia lah yang paling aktif dan hyper skali T_T Takpelah nak, hyper pon tak apa janji rajin2 belajar ye :)

Cikgu pesan, masa sebelum Chinese New Year students kena datang sekolah pakai baju warna merah atau bertema CNY. Mula2 dah beli tshirt merah tapi papa cakap laaaa apsal tak beli baju CNY?? Haaa laju-laju lah pergi mall. Mujurrrr ada banyak pilihan baju raya cina ni. Untung la rayyan papa hang sporting ;p Acha pon dapat jugak baju raya cina, tapi warna pink ;)

CNY dan limau mandarin tak dapat dipisahkan. Aku suka limau mandarin. Dapat makan sekotak pon tak apa. Tapi sebab risau selsema batuk, kena tahan2 jugak lah perasaan teringin tu.

Jamuan makan :)

With friends and teachers :)

The teachers :)




Last but not least, with the principal :)

So itulah dia pengalaman pertama rayyan menyambut CNY. Hihi. Pasni sambut Hari Raya Aidilfitri pula. Tapi masa tu mama dalam pantang Y___Y Huhu.


Wednesday, April 8, 2015

Hasya turns 2 years young

Assalamualaikum ;;)

MasyaAllah. How time flies. My only daughter sudah 2 tahun maaaa *teary eyes* Cepatnyaaa masa berlalu. Dan tak lama lagi bakal naik pangkat jadi KAKAK dah dia. Olololorhhhhh comeinya Acha jadi kakak. Compare to Rayyan, dia memang ada sifat2 menyayangi bayi. Suka sayang2 baby. Well done Kekcha :)

 Abang turut join ke majlis harijadi ni. Ambil abang awal sikit dari tadika. Bleh jumpa kawan2 lama di taska. Acha pon tidur lagi masa ni.

 Tada!! Ampun, pucatnya muka mak!! Huhu. Besday girl je ada party hat. Aku ni bukan jenis nak berlebih2 untuk majlis harijadi anak2 ni. Buat yang mana rasa perlu dan wajib sahaja. Yang wajib pastilah kek. Dan yang tak wajib adalah benda2 merepek serta membuang duit macam segala goodies tu. Bukan lah merepek 100% tapi, ikut budget lah (nampak sgt mama papa acha xde bajet ekeke). Maybe sesetengah orang benda2 tu wajib tapi takpelah. Itu semua ikut taste masing2. Buat ok, tak buat pon ok. Yang aku tak puas hati tu ramai yang beranggapan bila buat OK, bila tak buat dipandang sinis like 0_o. Hmm tak apa lah, biarlah apa orang nak kata. Ucaplah Alhamdulillah dan pahala insyaAllah masuk akaun aku :) Senyum :) :) :)


 Tak nampak ramai sebab ada yang dah balik, ada yang tak datang, ada yang tidur dan segala macam hal. Hihi. Tak apa lah, janji acha dapat nyanyi 'epibedeytuyuu' katanya :D

 Macam biasalah kalau event di taska memang akan ada aku sorang je. Sibbaek perut aku buncit ada bayi. Kalau tak sure orang ingat dia ni single mom ke? Sebab laki dia memang tak penah nampak. Huhu. Tak apalah. Aku tak kisah sebab tau kesibukan kerja MK macam mana. Aku respek dia sebab dia berusaha mencari rezeki lebih. Yang penting lepas kerja dia sentiasa ada di rumah. Always. Tak pernah keluar lepak kat mamak, tak ada tengok bola ke buang masa tak semena-mena. He is a homie person. Dan, dia juga tak berapa bab2 birthday party ni. That's why tak ada sambut kat rumah. Biasa buat di taska sahaja. Kat rumah just sambut kami berempat beranak sahaja. Potong kek nyanyi2 happy birthday gitu jela. It's thought that count, right?

 Jejari halus membuat cubaan untuk menghiject kek :D

 Love these two so much!!

Walaupun akan bertambah lagi seorang bayi tak lama lagi, tapi kasih sayang cinta mama tak akan pernah berkurang. Lagi bertambah ada. Being a mom is soooooo magical, right? :)

Happy birthday Nur Hasya Hadirah. Mama wish you a happy life, future and always be good, be kind to others and of course, to Allah swt. Ustaz ada berpesan, doakan anak2 ini taat kepada Agamanya. Kerana jika dia taat kpd Agamanya, InsyaAllah, secara automatik akan taat kepada ibu bapanya. Dan seterusnya, dapat menjadi muslimin/muslimat yang soleh/solehah. Aminnnn.

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha