Tuesday, December 27, 2016

Projek Cuti Sekolah?

Tuu dia. Berabuk 2 bulan tak update blog. Asik lah hangat2 chicken shit gitu huhu. Anyway, tak tahu lah apa sangat kebusyan melanda sampai tak sempat sapu habuk kat blog ni kennnn 😁

Cuti sekolah pun dah nak habis. Seminggu lagi abang akan memulakan sesi persekolahan kemasukan darjah 1. Seriously, abang? Dah nak sekolah? Mama rasa lagi sakit2 bersalinkan awak dulu, my forever baby boy walopon dah besor panjang 😭😭😭


Sempena cuti sekolah ni, tak ada lah projek apa2 sangat. Cuma bercuti dekat2 due to budget dan of course sebab papa susah nak dapat cuti. Janji dapat cuti2 holiday walaupun takde lah sampai ke oversea sana ken. Tengok jela gambar kawan2 pergi oversea dan teruskan berangan untuk sampai ke sana suatu hari nanti 😂

Cuti skolah ni, abang cuma ada kelas 2 jam sehari untuk revision dan memantapkan bacaan. So banyak lah masa lebih dia. Kadang2 bawa ke opis, kadang2 work from home. Time mama perlu ke opis baru lah dia tinggal di taska dengan adik2. Ada masa lebih tu, rajen la sikit mama baking2 apa yang dia request. Forever favourite of course lah kek/muffin coklat. Baby Rafif pon suka coklat2 ni. Kakak Hasya je tak berapa suka. Dia suka makan nasi dengan kuah kari/masak lemak cili api. Hehe. Comei jek 😝😝😝

Em tu jela sempat tulis kot buat masa ni. Jumpa lagi di entry lain, entah bila 💋💋💋

Wednesday, October 12, 2016

My new skincare and the result in less than 2 weeks :)

Hai hai i'm back! Posting new post 2 days in a row is a good sign. I hope so. Hehe. Jadi, alkisahnya begini, aku telah bertukar skincare baru2 ini. Almost 2 weeks kot. Muka aku sebenarnya teruk tau uols. Pada rakan taulan di sosial network (FB instagram dan blog) biasanya tertipu je dengan muka mak yang feeling2 flawless tu. Which I'm not. Nak bandingkan flawless tu dengan muka aku adalah bagai bumi dan bintang. Sungguh. Dalam instagram bagai tu sure lah cun melecun sebab kaaaaan dah ada filter disediakan. Letak la brightness maximum, terus hilang segala jerawat segala. Liciiiiii uols. HAHA.

OK jadi masalah pada muka aku adalah:
  1. Berminyak - yang level super duper heavy punya minyak. Dalam masa 2 jam, kalau tenyeh oil blotter paper tu, abes 1 kertas tu dicover dek minyak tau tak.
  2. Lubang pori terbuka - buka bukan sikit-sikit. Besorrrr punya. Dah macam kawah asteroid langgar bumi pon ada. Sumpah sakit hati tengok.
  3. Parut jerawat - OK siapa kenal aku masa zaman belajar dulu, sure tau betapa serius kulit aku masa tu terukkk jerawatnya. Sampai hitam pipi tau. So efeknya sekarang kulit bekas jerawat lama tu berlubang2. Dan bekas2 jerawat ada jugak yang still jelas.
  4. Tone warna tak sekata - yang ni tak sure sejak bila. Tapi sejak 2 3 tahun kebelakangan ni makin jelas. Tak sure sebab kesan skincare atau parut jerawat.
Jadi, seperti point pada nombor 1, yang paling kronik adalah BERMINYAK. Jadi lepas bertukar skincare ni, antara perubahan ketara yang aku nampak adalah:
  1. KURANG berminyak. Bukan takdak minyak langsung. Tapi dah kurang dalam 50% jugak tau. Saya suka saya suka!! Hehe. Dalam masa yang sama, minyak tu macam dah bertukar sket kepada me-moist-kan kulit aku. Means, kalau lap muka dengan tisu, minyak tu tak buat bercapuk2 bedak atas muka, dia macam lap peluh je gitu. Kulit pon moist lepas lap dengan tisu/kain sapu tangan. Sebelum ni, lepas lap, kulit tu nampak kering jek.
  2. Pori nampak mengecil. Bukan katup semua tapi mengecil, mungkin sebab tu lah efek minyak tu kurang tadi kan? Alhamdulillahhhh.
  3. Parut jerawat yang aku perasan di cheekbones sebelah kiri aku tebal warna gelap. Now dah pudar sikit. yeayyyy :D
  4. Warna tak sekata ni tak sure lagi, nanti sebulan lagi kita tengok cemana k.
Haaa, pendek kata, cuba tengok gambar di bawah:

Ke-empat2 gambar ni memang tidak diedit dengan sebarang filter tau.
Atas: Kulit sekarang, pori ada katup sket. Muka dah lap tisu tapi tak touchup bedak.
Bawah: Berminyak, pori besor2, kulit nampak tak anjal, lubang2 obvious kan?

Haaaa, tak sure lah aku sorang jeke perasan tak sure lah. Tapi, sebelum ni, tepi hidung aku selalu gatal/merah dan situ lah paling cepat bedak hilang. So macam pelik tetiba merah gitu. Memang tak best. Nowwww, dah tak gatalllll tepi idung. Mak like like like hehehe.

Don't worry, product ni pakai tumbuhan, no sebum no paraben. InsyaAllah selamat. Tak bleh gtau lagi, bagi i cuba dulu for few months kan. Product ni from oversea. Bukan tak cuba produk tempat. Boleh kata, aku dah cuba lebih 30 skincare kot. Semuanya indah kabar dari rupa or simply not suitable for me. Huhu sedeyyy.

So, korang pakai skincare apa? Cer share :) :)

Tuesday, October 11, 2016

#throwbackZumba My Fav ZIn :)

Gemorning alls. Assalamualaikum :)

Buat masa ni, cuma mampu berzumbafitness 3 jam seminggu. Kalau terlebih rajen boleh 4 jam seminggu. Kalau naik syaikh boleh cecah 5 jam la kot. Hehehe. Apepon minimum mesti kena 3 jam seminggu. Kalau tak, badan rasa lemau lemah lemah segala sendi ahkak okekkk.

3 hari tak berzumba ni, thank God tonight ada zumba session with my fav Zin siapa lagi tak lain tak bukan adalah Zin Intan @ Yintan Kesaiyangans ;)

Ahli kelab #yfc = Yintan Fan Club = shadow bertauliah ekeke
:)
:)

Yang paling vogue tu la Intan. Suka sukaaaa zumba with her. Kalau uols nak cuba, bleh mai ke Shelly's Studio di PUJ3, Taman Puncak Jalil. Di shoplot terletak di satu barisan dengan Subway. Zumba class pada Tuesday and Friday, 8.30pm ^__^

Monday, October 10, 2016

Update update!!

Ya ampun. So many dust setelah 2 bulan lebih tidak mengupdate sebarang perkembangan walaupun realitinya masih kembang dan tak perlu dihebahkan pon (-_-")

So what's up with life lately? Not much. But some of my loyal readers think that I'm pregnant. Which I'm not. Sorry to disappoint you :D Yelah, dulu, kalau aku lamaaaaaaa diam tu, maksudnya mengandung. Tapi sekarang tidak lagi. Aku diam di blog (bukan boleh bercakap di blog pon, literally :p) sebab terlalu sibuk di dunia nyata.

And the best reason is, ada social network lain yang lebih produktif, aggressive and responsive. Blogging seems outdated. Bukan sebab teknologi nya. More likely because it's just a one way communication with outsiders. Yes, memang ada ruangan komen, tapi tu lah, tidak responsif. Tu je.

However, I love the idea of blogging, the technology created and I LOVE MY BLOG. So many memories here and I hope it will remain here. Blogspot, don't you dare shutting down this domain and shut down your company :D

OK enough membebel, I got tons of worksss to do. Yes zumba is included. Don't mention it HAHAHA.

But the most busiest job ever is, being a mother (i was typing monster though whatthefish haha). Even it's the busiest, it's the best position ever. I love my job here. To be there for the kids. The love of my life :)

Abang rayyan. Technically, he is my bestfriend so far. I could share anything to him and he actually response to that. How cool is that??? Oh my GOD. Tears coming. I can't believe this whole motherhood stuff. It's just surreal T___T. I hope my kids will always love me...

Akak acha. The most beautiful and clever girl I've ever see. See, motherhood is unfair. Semua anak dia paling lawa dan ensem dalam dunia hihi :) Tapi betul, pada mata sendiri, anak sendiri paling cantik dan hensem. I know other parents feel that too. That's normal. Hihi. She's so bright and she brightens us. I love you my princess. I pray for your happiness forever.


They are 1 hour bff. It means, they only befriend 1 hour in a day. The rest hours, more likely they hate each other hahaha. But it's ok. This is only for quite some times. One day, they will show their true feelings to each other. Sekarang memang lah macam aksi WWF asik bertarung jek :D

And this one, what could I ask for more. He completes us. The joy. Joy sebab he is yet to be discover the true colors :D :D It's ok baby, now matter who's you've become, I already fall inlove with you. You must know that. Infact, I'd love you since I know you were in my womb. Saiiiyaaaam baby rafif sangat2 :) :) :)

Alahai tetiba touching pula nak habis kan entry kali ni. Padahal belum 4 jam berpisah dari anak. Clingy mommy I guess ;) So, until my next update, yang tak tahu bila... nak seru ramai2 supaya jaga kesihatan masing2 for the sake of your loved ones. #sayaPilihZumba :) :) :)


Monday, August 8, 2016

Mana entry RAYA?

Tu dia. Raya dah habis. Berat lost 2.5kg masa puasa. Dan hujung syawal total up naik 5kg. Krikk krikk. Tapi cerita raya langsung tak ado. Busy k. Busy. Busy to settle my ups and downs dengan pelbagai masalah cobaan cabaran dugaan dan whatevernya. Please pray for me. Doakan aku berjaya mengharungi semua ni. Amin.

Tuesday, June 21, 2016

Tart Nenas in da houseeee

Ketuk ketuk ramadhan, alhamdulillah :D

Tetiba kan :p

Biskut ketiga dah pun siap, tart nenas. Ya ampunnn. Tak sangka kottt aku buat kueh ni. Apakah?? Hihi. Tapi rasa macam terapi pula buat cookies ni. Mak like :)


Atas kiri: Dah siap masuk balang
Atas kanan: Panas2 dari oven
Bawah: Baru letak atas tray sbelum dimasuk ke dalam oven

:)

Nak resepi? Hmm belum layak lagi nak share resepi kome. Tapi resepi buat ni, aku follow sebiji2 step fb Azlina Ina fans tu. Sila lah buat uols. Senanggg. Tapi tart roll ni agak leceh sebenarnya. Better beli acuan siap. Ni buat manual golek2. Letehhhh. Apepun puas hati with the outcome ^__^

Next, kueh ape pulak? Ada 4 lagi dalam senarai ni. Hiks.

#sorrySisTakJual :D

Wednesday, June 15, 2016

Chocolate Chips Cookies and Nestum Popia, DONE!!

Tuu dia, macam first time jer upload buat biskut dalam blog ni since 2007 :D WOWWW sangat, Eceh. Tambah wow sebab memori ni dilakukan bersama dengan abam rayyan. So for Ramadhan & Syawal we have Chocolate Chips Cookies & Popia Nestum in da houseeee. Stok ada sikit2 lagi sebab budak2 sakan mengunyah sekut komeee. If habis awal, I ll make more 1 week before Syawal. Takmo buat awal2 kang abis lagi. Huhuk. Bukan senang nak buat terutamanya sebab oven sangat kecil. Hadiah dari kawan2 #projekMatrade dulu masa kawen. Takat nak buat kek or bakar ayam boleh lah, muat2 aje. For cookies, 1 batter tu, 4x ke 6x naik oven. Adoiiii patah pinggang nok. So adakah perlu oven BARU dan BESAR?? :D


My little Chef. My little helper. Abang is soooo into this baking things. Tapi cooking biasa2 dia tak minat. Suka tang baking tolong campur2 adunan, ayak2 tepung, pukul telur and so on. And the most fav part of course bila cookies dah siap, dan makannn :D

Tak sangka sangat tahun ke-7 menjadi isteri, berjaya buat cookies. So, insyaAllah we will make more like pineapple tart, mazola, suji, semperit, etc. Jika ada masa dan rezekinya, kita bake cookies lagi ya Bang!! ^_^

Wednesday, June 8, 2016

#ramadhan

Bulan Ramadhan, apa lagi kerjanya. Mesti rambang mata tengok gambar makanan kan? Memang terliur tengok gambo makanan berbuka kome di social media tu. Sedih je tengok makanan orang lain sedap sedap. HAHA. Tapi, tu lah. Bukan diri sendiri takde makanan kan, ade je lauk. Biasanya lauk pauk sayur mayur memang I masak. Yang belinya kuih2 tambahan je. Air pun taknak beli taun ni, buat air sihat2 je di rumah :)

Kalau lalu timeline fb iols menjelang berbuka tu, tak ada menu best-best. Yang ada ni je...

.

.


.



.




.


.


.



.



.


Bahan2 yang belum dimasak je ado. Hehe. Untuk mengelakkan dari sesiapa terliur. Hihi. Konon lah kan. Bese lah, blogger memang poyo sket AHAHA. Anyways, tahun ni misi membaking biskut nampaknya dah berjaya. Nanti lah cerita di entry lain k.

Selamat berpuasa!!!

Tuesday, June 7, 2016

Projek ramadhan dan raya tahun 2016!! :D

Hmm, tahun ni azam lain macam sikit. Gigih nak buat biskut raya sendiri. Walaupun 2 jenis biskut raya dah order sebab yang tu kuih feveret dan tak yakin buat sendiri. Tapi, rasa macam nak feel buat sendiri biskut raya. Rayyan pun dah 6 tahun. Nak bagi budak2 ada kenangan macam mana rasanya masa mama kecik2 dulu. Mama buat biskut raya sama2 opah tiap kali lepas berbuka/terawih. Lepas sahur biasanya kenangan mama kacau opah buat baju raya. Tapi yang tu susah la sikit, nanti baju raya mama jahit jadi lapik meja atau langsir, susah jugak kita nanti tak ada baju raya. HAHAK.

So buat masa ni dah ada beberapa resepi yang shortlisted. Dah inform husband dia kena tolong projek biskut raya i ni. Dia jawab OK. Haaa kita tengok nanti level OK dia tu macam mana. Tolong tengok kaa tolong buat betui hehe.


Resepi brownies kedut dengan karamel tu bukan lah kuih raya. Itu untuk berbuka puasa. Saja je kumpul resepi apa2 yang teringin. Nanti senang follow je. 

OK lah, apa2pun, wish me luck!! :D

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini. Nabi Muhammad SAW pernah berkata "Jika umatku tahu kebaikan bulan Ramadhan, mereka akan berdoa bulan Ramadhan itu sepanjang tahun"... Lebih kurang begini lah ayat Baginda, time dengar kuliah subuh tadi. Jadi terbukti tanpa was-was lagi, bulan Ramadhan sememangnya sangat mulia dan berganda-ganda segala2nya.

Jika tak dapat tingkatkan amal, tapi kurangkan lah dosa. Wallahualam. Tapi, apa salahnya tingkatkan amal sekali, kan? Mana tahu, ini Ramadhan terakhir...


Salam ramadhan dari kami sekeluarga, selamat mengerjakan ibadah puasa dan jauhi lah pembaziran di bulan ni ok!! :) Berbuka lah berpada-pada dan ingati lah orang2 yang takde makanan untuk berbuka. Dan lagi satu, "Derma lah, walau pun hanya dengan separuh buah tamar". InsyaAllah...

Thursday, May 19, 2016

Perkembangan bayi 10 bulan 2 minggu :)

Allah... cepatnya masa berlalu kan. Pejam celik nanti dah setahun bayi saya ni. Tau2 nanti dah nak masuk tadika dia. Tapi.. jangan tau2 ada adik lain sudah lah. Itu tak funny langsung chuols. Bleh mendatangkan emosi kepada mak ni. HAHA.

Kalau ikut perkembangan #khairrafif compare to #khairrayyan dan #nurhasyahadirah, memang banyak berbeza. Awalnya, seakan terlalu manja dan lambat progress dari bayi2 lain. Alih2, lajuuuu terus. Buat masa ni, antara progress dia:

- Berdiri lama, kalau tatih kena ada orang di depan. 2 langkah boleh lah
- Bertinggung. Ye, bertinggu macam nak vverak tu
- 4 batang gigi (2 atas 2 bawah)
- Kebolehan menjerit luar biasa
- Menyusu badan dan FM
- Makan yang pejal seperti bubur nasi. Puree takmau
- MAMAMA dan PAPAPA, terlebih pula MA dan PA dia hokhok
- Diaper size M soon to be L
- Less than 7kg


Hari2 tak sabarrrrr nak balik keje tengok telatah dia. Adaaaa je idea dia ni skarang. Suka tengok muke orang sampai nak tertonggeng2 mengintai hakhak.

Hmmmm rindu diaaaaaaaa. Miss you baby!!



Tuesday, May 17, 2016

Siapa Pengkopi Tegar??

Haaa kau, pengkopi tegar terus gelarannya. Atau dengan kata lain, penggemar kopi gitew. Aku ni, sejak berumur tua sket ni, makin suka coffee (eja inggeris nampak sofistikated sikit kopi tu kahkahh). Suka tahap hari-hari mau minum. So dulu, minum lah pelbagai jenis kopi hari-hari. 3 in 1 pelbagai la tajuk aku pernah minum. Walau jaga makan dan bersenam, berat susaaaaah nak turun, inchloss pun lambat tau.

Then coach kata, elak minum manis, okay fine. Berusaha elak minum coffee selama 2 minggu. YES! Berat turun. TAPI, tak mampu babe. TAK MAMPU. Dan tetiba bertemu jodoh dengan mineral coffee ni. KOPI SIHAT nok!! Kata dia. Tapi tak apa, I give it a try. Why not kan. Try dulu tak salah pun. So minum secara berterusan dannnn!!! Berat tak naik uolsss. Siap turun, tapi tak adalah berkilo-kilo. Product ni pun bukan product kurus. Dia produk kesihatan.

Then lepas beberapa bulan minum mineral coffee secara tegar, tergerak hati nak ambil garlic tablets pula. Lepas tengok pelbagai testimoni dari pengguna2nya.

FYI, mineral coffee dan garlic ni product hai-0. Memang dah berpuluh tahun di pasaran. That's why I trust this brand. I can't simply take ubat2 yang baru diproduce di pasaran tanpa YEARSSSS OF RND. Bahaya weh. Badan nak pakai lama. Supplement kena betul2 selamat. Mungkin ada orang suka dengan efek cepat. Thanks but NO THANKS. Tak apa lah, kurus dan SIHAT dengan lambat pun. Janji ada hasilnya. Anyway, I tak kondem produk lain tawww. Tak kisah la uols nak ambil produk apa pun. Risiko masing2 tanggung naaaa :D


Yeayyy ni BFF saya. Mineral coffee dan garlic tablets!! Nyamannn sih bau coffee ni. Not too bitter and for sure, not too sweet. No sugar added k :)



Garlic tablets.



Kebaikan mineral coffee.

Yang pastinya, ini bukan product untuk kurus tau. Dia more to kesihatan dalaman. Garlic tu untuk memecahkan lemak2 uolsss. Gitu. Jangan lupa amalkan senaman jugak. Cara pemakanan, makan macam biasa. Jangan macam bela saka dah laaah HAHA.

Okay, nak order mineral coffee dan garlic boleh contact Kak Ci'ah yeee hehe 016 233 5384 :) Aku lah Kak Ci'ah tu. Ramai tak tau nak sebut ciare macam mana. So cara sebut dia ci'ah k.

#janganCakapAkakTakPayung 


Tuesday, May 10, 2016

Tips Kurus Dari Puan Ciare....

Assalamualaikum semua ^___^

Eceh tetiba nak bagi tips kurus bagai. Ko kenapa ciare? Demam ke? Entry ni TERwujud dek kerana uols laaa. Uols duk puji2 mak kurusss. Terus mak demam selsema batuk pakej kahak hijau warna cendol. Kroh krohh rkohhh :D Mak ucapkan terima kasih level ketujuh kerana bersungguh2 memuji mak kurus. Mak terharu dan terus rasa seperti Neelofa dapat award di majlis penerimaan award gitew hak hak. Walaupun mak tak tengok pun rancangan tu sebab masa tu mak on the way dari Perak to KL #motifKenaTerangkan  di sini? Whatever la mak.

Oh sebelum tu, nak wish semua mak mak yang membaca di blog ini. You all are awesomeeeeee. And I hope I am awesome too ^__^. Nahhh tatap gamba mak satu!! Hihi. Gambar kontrobasi yang mendakwa mak dah kurus. Mak nak saman uols semua yang kata mak kurus. Itu satu fitnah tawww. Okay lah tak jadi lah saman. Mak nak cakap AAAMIINNNNN. Moga mak akan kurus satu hari kelak.



Okay2 lets stop membebel dan ikuti lah langkah berikutnya untuk menjadi KURUS DI DALAM GAMBAR. Apa? Dalam gambar? Yelah kurus dalam gambar jer. Di dunia nyata ya ampunnn, masih overweight. Sila lah percaya dan JANGAN cakap saya TIPU. Mana ada tipu. Berdosa nok!! Apa pun saya masih berhati nurani untuk share tips untuk KURUS DALAM GAMBAR walau ramai tidak percaya ini bukan kurus sebenar. Lantak lah uols. Mak da kabo, mak gomok je lagi. Malah tembun.

Tips2 nya adalah:

1- Pakaian hitam. Haa tak kesah la baju kaa sluaq kaa. Kat sini mak pakai baju and tudung itam. Tu pasal nampak kurang boncits dan pipi kuwus sket wakakaka.

2- Pose mengiring. Hmm sape percaya orang dalam gamba ni kurus memang tak logik. Mak mengiring kot. Nampak kot tepi memang lah nipis. Cer pose dari depan, adalah leborrrr.

3- Pose kaki silang. Gituuuu. Nak pose lentik macam Che Ta nanti suami mak bagi siku pulak kang. So mak pose kaki silang ke depan siket gitchuu. Comei dok??? HAHAHA.

4- Berkeyakinan. HAHAHA. Kalau tak yakin memang kelaut dalam le jadinya. So, over the top, make sure you are confident OK!!

Sekian, chow chin chowww!!! :D

Friday, April 29, 2016

Blogger Annoying!!!

Hmmm rupanya blogger memang annoying kan. Ku lihat ramai2 yang buat status panjang berjela di FB or instagram tu, 98% adalah blogger. Or was. HEHE. Termasuklah aku yang selalu rasa tak puas hati kalau tulis pendek2 ni. Rasa tak feel HAHA. Kalau dalam whatsapp pon memang aku lah yang sokmo menaip panjang macam karangan lepas tu ejaan selalu penuh tak feel kalau shortform. Gitewwww, hak hak.

Sebab apa ku kata begitu? Sebab dah banyak kali dapat komen 'panjangnya status, takde panjang lagi?' dan yang seangkatan dengannya. Hmmm. Is it obvious? Hehe.

Nak kata berbakat di bahagian penulisan, I don't know really sama ada berbakat ke tidak. I'm not a fan in subject essay or karangan walaupun skor A1 in both BM and BI. A for sake of the results sahaja. Minatnya tiada. Kot la. Sebab pernah nak masuk pertandingan esei yang dianjurkan oleh Kementerian dot dot dot. Sempena kemerdekaan. Dah nak start menaip but I was black for minutes. Or maybe sebab aku tak minat atau kurang pengetahuan di dalam sejarah Malaysia, I guess. Ha ha. Because yes, History subject was not in my interest list. Hence the B4 result. Hek hek. Janji lulus kan. B ok apa. I though I failed already :p

Kemudian lepas bertapak di blogspot for a few years, rasanya seperti suka berblog. Not good with words. But simply because of keeping memories in online version and playing with the HTML codes behind this blogspot engine. Yup I know, I'm a tech girl, I supposed, but this blog is not that canggih right. Whatever lah, janji hado and the most important thing is I made this template my self and I didn't use the provided blogspot's templates. Sedikit riak di situ. Pigidahhh hahah!!

Jadi kesimpulannya di sini, just nak cakap yang perangai blogger memang begitu. Be it annoying but we are sincere with our words. Tak gitu, bloggers sekalian?? :)

Wednesday, April 27, 2016

Upacara rutin mak-mak

Rutin yang paling istimewa semestinya upacara bertungtang di dapoq. Istimewa a.k.a paling mencabar JIKA anaknya merupanya PICKY EATER. Susah ok susaaaah. Nangis di bucu katil T____T

Siapakah di picky eater? Hmmm. Mesti lah yang kurus tu. Si Rayyan. Acha kan 'tebal' jek. Nak sebut tembam tak sampai hati. Comel sangat, hehe.

Rayyan ni, selera dia. Very unpredictable. Kalau harini dia suka makanan A, esok tak semestinya dia akan masih suka A. Esok tu dia kata tak suka dan dia nak makanan B pula. Kalau ada bahan2nya boleh la mama masak. Apa-apa pun, mama akan usahakan apa yang dia nak. InsyaAllah

Acha pulak, so far well-eater. Hekhek. Alhamdulillah. Dia biasanya paling awal sampai meja untuk makan, dan paling akhir siap makan. So, maksudnya, banyak makan lah :p



Time ni si abang kata nak mi sup. Mi kuning takdak, bihun takdak, instant dried noodles (tanpa perencah) pun takdak. Ada spiral pasta jek. Ni pun jenuhhh nak paksa dia makan. Last skali Acha yang makan 2, 3 mangkuk :p

Baby rafif? Masih makan benda yang diblend or lenyek. Benda yang berketul dia luah balik. Ada hari mama tak sempat masak, makan nestum jek. Huhu.. Tapi dia suka pisang!!! :)

Hmm, tu jelah nak membebel harini, ok bai!!

Thursday, April 14, 2016

Zumba Routines 4 Times A Week :)

Assalamualaikum semuaaa ^_^

OK rasanya lebih 44x dah aku mention pasal zumba dalam blog ni. Hahaha. Dalam seminggu kalau tak berzumba memang tak sah. Rasa lemau. Kalau tak dapat pegi kelas zumba, pasti berzumba kat rumah je walaupun tak best senam sorang2. Huk huk.

Baru2 ni join kelab zumba yang baru. Which is sooo happening tempat dia. Zins memang best2 sangat. Kalau boleh nak pergi hari2. Tapi fikir logik la jugak. Nanti tak pasal2 suami mak murka. Even though it's only one hour per session, tetap rasa macam tak sampai hati pulak. Suami bagi pergi 3 or 4 times a week pon kira banyak bagus dah. LOVE U MK!!!! Muahhh hehe.



Antara geng zumba yang da lama sama2 get sweet together. Left: Kak finie, Right: Mimi. Stylo kemain lagi udah rope Zins. Hehe.


Ni lah zumba studionya. Besar tempat ni. Boleh muat dalam 40 participants. Berbilang kaum terus jadi close sebab nak fit punya pasal. Mostly we are moms lah. Tak sangka semua yang kuruih2 pon dah nak cecah 40 years old pastu anak semua dah besar2. Tapi badan. Fuhhhh. Macam anak dara semua :) I wish to be like them nanti. 13 kg lagi nak turun kan. Chaiyokkkk ciare!!!

XOXO ;p


Tuesday, April 12, 2016

#khairrafif demam 5 hari Y__Y

Alhamdulillah. Baby mama dah sihat masa mama tulis entry ni. Risaunyaaa tak terkata. Demam straight 5 hari. Ingatkan dah nak kena warded dah. Siap kena repeat jumpa doktor few times untuk test darah. Syiannnn dia kena sedut darah. Dah lah susah nak jumpa saluran darah sebab haluih dan a lil bit dehyrate sebab time demam dia tak selera makan langsung. Harap susu mama je. Susu formula langsung tak nak. Susu mama banyak manaaa jela pun dik. Tapi alhamdulillah, itu yang terbaik kan :)


Kesian tengok muka dia masa ni. Monyokkk aja. Wuwuwu. Demam tu panass sangat always 38' ke atas. Bila makan ubat kebah kejap pastu panas lit lit balik. Ciannn ia. Keputusan ujian darah OK. Tak ada apa2 suspicious. Cuma ada slightly bad bacteria. Platlet pun ok. Syukur Ya Allah!!

Mama trauma sikit kalau kena warded ni nanti kena cucuk2 dan wayar sana sini. Laaagi kesian. Uhuk.

Baby, keep healthy tawwww. Mama love baby soooo much ^___^



Wednesday, March 30, 2016

Mak iols suka Ayer8 ;)

Sabtu lepas, my family from Ipoh mai sini. Tak tahu nak bawa jalan ke mana. Then teringat Ayer8 yang makin meriah tu. Terus ajak diorang pergi sana. U know my sis and mom, suka nyopping tudung baju segala, pasti suka ayer8 tu. Lepas makan shopping lahh apa lagi hehe ^__^

View sangat menarik since cuaca redup mendung tapi terik jugak lah cuaca panas tu. Budak2 pun happy main kat kawasan lapang like no one's business ;) Tengok lah tu Khair Rayyan suka bangat lah akak akak mai sini. Sampai beg pink akak pon dia rela tolong bawa kan :p

Ops, my belly looks like ada baby di dalam. Macam 4 bulan kan. Ni gaya bersenam 4-5jam seminggu ni. Kalau tak bersenam terus macam 9 bulan kot. HAKHAK. Anyways, aku memang susah sikit nak bebetui slim sebab tak jaga makan sangat kot lately. Dulu duk jaga kalori bagai. Sekarang jaga anak tekak. HAHA. So kita bersenam to redeem the guilt feelings Y___Y

Dan makan2 adalah wajibul ghunnah. Me and my sis adalah peminat tegar Kyros Kebab. Somehow, kyros kebab sangat2 mengembalikan memori zaman2 10 tahun (or more) yang lepas. Sebab musim study dulu suka makan kyros kebab ni. My sis pon begitu jugek ;)

Lepas makan, mak dan sis pon shopping laaa hehe. Sakan they ols shopping. Aku tak shopping sebab I thought belum gaji. Tak pulak check dalam kad ATM ada berapa. Pagi isnin baru tau dah gaji der haha. Takpelah, selamat sket duit aku hahaha.

So kesimpulan dia, mak aku serta sis suka bangat ayer8 ni. Senang, makanan banyak choice dan shopping pon macam2 hado. Sedio key pitis jah. Haha. Dan paling penting TAK crowded. Even though it was on weekend, car park still available di tepi2 restaurant. No need to go to basement parking gitchuuu.

Sekian laporan dari ayer8 hehe.


Monday, March 28, 2016

Joging pulak kah?


Sesungguhnya stamina aku belum cukup untuk berjoging secara hardcore. Sikit2 boleh lah. Maksimum 3km kot. Lebih dari tu mak angkat bendera puteh wuwuwu. Mak boleh bertahan zumba 2 jam nonstop but not joging 2jam. Jangan kata 2 jam. 30 min pun dah pancit. Macam hapeee je. Tapi hakikatnya, zumba 1 jam membakar lebih kurang 600 kalori dan joging sejam dalam 300 kalori sahaja. Haaa so better pilih zumba kan??

Kenapa?

Sebabnya zumba menggerakkan semua gerakan tubuh badan. Dan joging hanya fokus pada pinggang ke bawah sahaja. Gitchuuu. Lepas tu sebab aku BERAT SANGAT so kaki tak berapa power untuk menampung berat badan untuk berjoging. Sumpah sakit lutut Y____Y


Nahhh cukup lah sekali berjoging. Mak serender wuwuwu. Mak rela zumba 5 jam seminggu noks. Ok bai! HAHAHA



Thursday, March 24, 2016

Mengisi masa senggang

Dalam kawasan perumahan rumah kami ni, ada banyakkkkk playground. So far yang betul2 dekat ada 5 taman permainan. Seronok chuolssss. Sebab masa di rumah lama dulu, seketui taman pon takdak. Senduuuu je. Kena pergi kawasan perumahan lain cari taman. Sekarang tak payah. Jalan kaki selang satu lorong pun dah boleh sampai. Mak is likeeee.

Jadi aktiviti kami bila cuti2 tu ofkos bawa budak2 pergi taman lah. Walau hanya sebuah taman kecik dan benda yang samaaaa je (swing, slide, see saw) taaaapi, mereka memang tak pernah rasa bosan. Sentiasa terhibur dan seronok :)

Memang bagus pun. Kena amalkan aktiviti berpeluh ni selalu. Jangan baring ngadap gadget je kan. Tak elok untuk kesihatan. Jadi kita bagi seimbang antara belajar, main secara fizikal dan gadget. Gadget tu kalau boleh tak payah ado pon takpe HAHA.


Terlajak sukaaa bila dapat pegi taman. Pakai baju pun memang baju comot2 yg duduk rumah je. Tak payah bersiap2 sebab tamannya dkat sangat. Kalau dulu mesti nak bersiap comei2 pegi walaupun hanya pergi taman sebab tamannya jauh. Huhu. Kalau pagi2 tu memang tak payah mandi pun. Pegi lah main kat taman dulu baru balik mandi :p


Adik pon terhibur jugak. Terkesima tengok akak-abam yang super duper excited terjerit-jerit terlompat-lompat. Sabo ye dik, mama tau awak tengah gigih nak belajar berjalan sekarang. Nanti bila da pass berjalan baru mama bagi lesen turun stroller k. HAKHAK. Tapi still bagi juga rafif turun. Main rumput2 tu. Sebab kan itu terapi yang bagus untuk baby. Bagi main rumput, pasir etc. Cuma pastikan mak pak monitor la. Jangan pi bagi rumput and pasiaq pastu mak pak duk bercanda. Memang pitam la anak ang makan rumput/pasiaq huhu.



So, its really a bonus duduk di rumah sekarang. Happy happy!! Tiap2 hari lepas balik kindy minta pergi taman. Tapi tak dapat la nak. 2 3 kali seminggu boleh lah. Hari2 payah la sikit. Dah la mama tengah marathon ganti puasa sekarang (bersalin waktu Ramadhan aritu). Hari yang mama tak puasa mama pi Zumba hehe. So, kita selang seli k. Hehe :)



Tuesday, March 22, 2016

Short trip.. Release Tension Katenye...

Kalau tak silap, sejak bulan 12 tahun lepas lagi Khair Rayyan dah bising minta hotel. Nak hotel nak hotel. Ya Allah, sabar jelah. Budak 5 tahun 3 bulan minta hotel tak kesudahan. Akhirnya sampai hari nak pergi ke hotel, kemain happynya diaaaaa :D

Padahal, mak pak bawak pegi bercuti dekat2 je. Sejam je lokasi tu dari rumah. Ke tak sampai sejam? Huhu. Jadi water themepark yang OK dan murah sket semestinya adalah Gold Coast Morib. Gold Coast Sepang belum ada rezeki lagi nak pegi nak. Kita menabung dulu sikit2 lama2 jadi bukit. Hehe.

So weols sampai sana about 2.30pm because we've tried new route. Ikut jalan waze taraguna tu. Haha. Ke mana2 celah bedah kampung orang dia bawa. Kalau ikut jalan sebenar mesti buleh sampai at 2pm. But its ok lah. Hehe. Sesampai je terus check in. Tak crowded sebab bukan school holidays. Just a weekend. So senang. Memang kalau boleh nak elak school holidays. But next year we have to follow school hols jugak lah since abam akan masuk standard 1 nanti :)


Sesampai je terus tuka uniform. Dah tak tahan lagi. Kenapa??


Of kos la sebab ini!!! Water themepark yang sangat2 membuatkan their adrenaline rush excited. We stayed at level 3 and facing themepark. Just as requested :) Thanks to the friendly staffs :)


Masuk je kolam. Ha kau!! Excited tak tau nak habaq lagu mana. Huhu.


Bila ajak balik taknak. Panas kot masa ni. Mama duduk bawah cendawan tu je sebab nak elak kulit tebako. Lupa pulak tenyeh sunblock. Eh bukan lupa tenyeh, sunblock pon takdo. HUHU.


A baby cot for baby rafif :) Yang ni pun request masa check in tu. Bila ambil beg dan naik bilik, tada!! Baby cot ni dah sampai pun. Very efficient. Good job guys! :)


Activity lain harus lah main pasir di pantai. Ambil angin feeling2 Gold Coast Aussie skettt haha.


My so-called-BIG-family. Big dah la tu. Rafif taknak adik kan??? HEHEHE.


Suka betui main pasir. Kesian. Kat KL tak jumpa tanah huhu.



Abam-Akak holding hands. Shoo shweeet :)


Ops!! They have private jacuzzi in each room. So, yeah. Berendam lah lagi. Sampai kecut. Hehe. Tapi tak ada lah kecut sangat sebabnya ada air panas ken. Main lah puas2 uols, mama tak kesah :) I'm just super happy seeing you all happy. Alhamdulillah. Sesekali retreat family dan bonding quality time together memang best. Nak buat tiap2 bulan tak mampu la nak ke hotel sokmo. But maybe 2 or 3 times in a year is enough kan :)

Rayyan dah bertanya2 mama bila kita nak tidur hotel lagi? Rayyan nak mandi kolam. Kata dia. Amboi kemain lagi. InsyaAllah nanti ada rezeki kita jalan2 lagi ye nak. Anyway bulan 5 ni kita cuti2 Kelantan pulak. Tapi tak tahu lagi nak stay mana. Jommm usha trivago!! :)

XOXO


Monday, March 21, 2016

Makan pulak

Tak tahu lah apa arah sebenar blog ini. Sekejap pasal bersenam sekejap pasal makan. Dah kau kenapa ciare?? Huhu Y___Y #crymeariver. Alkisahnya, memang suka makan. Hehe tak dapek nak nolong eh.

Jadinya, last week I've tried for the 1st time at this new restaurant. Just opposite with the company that I've been working for. Seberang jalan je nok. Deket banget. Baru lagi buka kedai ni dalam sebulan. So why not. Kita try cuba test :D

Nama kedai nya #kafeconteng. Pegi je cari hashtag ni dalam instagram. Nanti jumpa la IG dia dan ada alamat sekali kat situ. Jangan tanya apa alamatnya sebab alamat opis aku pon aku tak ingat. Kalau shopping online tu, mak copy paste aje address. Kuasa semak otak nak menghafal huhu.


Sorry nok mak terpaksa letak gamba u pejam mata. Sebabnya mak nampak kurus sikit dalam gamba ni. Gamba yang u buka mata tu mak tembun hahahaha. Sebenarnya memang tembun di mana2. Cuma ada sedikit keajaiban terjadi di sini. Alhamdulillah XD


So this was what I had that day. Lunch set udang sambal. Harga RM8.90. Udang adalah lah 6 ekor kot. Sambal dia pekat. Bukan macam sambal masak merah. Dia sambal yg penuh dgn ground chillies. Bukan chilli paste gitew. Ada sayur kacang goreng panjang. Dia memey dah 1 set nasi putih+sambal udang+sayur+sambal belacan. Since sambal udang dah pedas meletops so I didn't try the sambal belacan. Bleh meletops kot kalo makan. Huhu. Dan air tidak masuk set ini. Air biasa-biasa below RM2 ada jaa. Tapi sebab I loveeeee coffee to the max so I decided to try this. Hazelnut coffee. Syedap makkk. Tak manis. Kopi dia kawww. Fuh. Memang best. Harga air RM8.90 jugak. Sama harga dengan lunch set krik krikk sangat :D Tapi sebab sedap, I don't mind.

Ok lah. Itu jer. Since ada banyakkkkkkk sangat restoren/cafe kat keliling opis tu, memang belum sempat lagi rasa semuanya. But I've tried 1 cafe yg glamour sangat nak mamp tu. Rasa dia memang out nok. Tak bleh la cakap apa nama dia nanti mak kena saman plak krik krikkk haha.

Sapa nak tau apa kedai tak sedap tu sila PM di FB. Until then, chow.



Tuesday, March 15, 2016

Zumba Class, anyone?

Hola peeps :)

He he he. Tetiba gelak kan ;) Adeiii. Tengah batuk selsema ni tapi mak gigih jugak nak berzumba. Hopefully minggu ni dapat buat 3x kelas. Last week berjaya 1 kelas je. Tak bleh jadi ni, kena #kipidap dan konsisten.

Update terkini, perut dah terbako 5 inci lemaknya. Tapi ada lagi 6-7 inci lagi kena buang. Tebal weh lemak mak beranak 3 ni. Lengan dan peha tak menggeleber dah. Sukaaaa. Tapi taknak suka sangat. Masih sedar diri ada 13kg berbaki yang perlu dibuang. It's just, I can see all these zumba thingy can change my life, physically and emotionally ^_^

Ok just want to share my latest favourite jams with you all. Kalau bosan2 kat rumah buat juga zumba. Tak lama la. About 4 songs ~ 15 minit macam tu.

video

Dan sah2 lah lagu zumba yang menaikkan semangat adalah yg konsep lagu macam2 ni, latino uolsss hehe. So girls? Interested? :)


Wednesday, March 9, 2016

Daftar sekolah anak darjah 1. Sesi 2017

Assalamualaikummmmm


Erkkkk. Budak di atas ini??? Di manakah bayi ini? Yang tembam pipinya seperti pau disuntik botox. Comel tak terperiiiiii ketika ini. Ya Allah, dah 5 tahun lebih. 5 tahun lebih, masa membawa kita ke saat sekarang. Sungguh terlampau cepat benar rasanya anakku.

You always be my 1st love during the 9 priceless months which is unborn version of you. And till now, still is. Gonna be my forever baby deep deeeeep deeeeeeeep inside my heart. You never know how much love I have for you baby. Tsk. #tearyeyes #clingymom

Bukanlah seperti tertidak sayangkan adik2mu abang, no. But you always in special place in my heart. You took that special place (in my heart) since you were a little tiny nut size in my womb. And that place will never be replaced by other living soul in this world. Yup, tetiba mama puitis. Ah malas nak teruskan, nanti orang assume mama tak sayang adik2 awak pula. But, you know. Right? :)


And time, can not be stopped. It will goes by every second and forever. Until Allah want to stop it. Then, we all will return to Him. And I really hope we will return to Him together (Amin). Cause you and your lil sister and brother are our special tickets to go Heaven (Amin). And I hope it's a shortcut tickets for all of us ;) InsyaAllah Amin.

Membesarlah dengan sihat dan semoga Soleh dan taat kepada perintah Allah. Mama bangga sekarang abang dah pandai solat. Alhamdulillah!! I know I'm not the best mother in the world. I have sooo many weakness. But, the 3 of you, give me ultimate strength that I never could imagine. People say that Parents is the 1st teacher to their children. No.

Children are the teacher for their parents. You thought us soooo many things since you've upgraded our title to MAMA and PAPA ;)

Thank you Allah, for lending these beautiful souls to us. Dan semoga Engkau terus meminjamkan mereka kepada kami buat selama2nya. Dan Engkau temukanlah kami di Syurga Tertinggi Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

(^____^)

p/s: Macam terkeluar tajuk pula, mengenai hal sekolah
rayyan, dah applied since last year in October lagi.
OMG dah nak skolahhh anak mama ni next year T__T




Friday, February 19, 2016

Masalah berat badan yang tiada berkesudahan.

Nampaknya, lepas bersalin kali ketiga ni, adalah yang palingggggg susah nak turunkan berat. Memang lah dah turun 14kg dari masa sarat pregnant sebelum baby keluor tu. Tapi........................ Berat yang berbaki dan perlu dinyahkan dari badan ni adalah 10kg lagi. Ya benar, ya benar, I am fat and not in a good shape.

Dalam media sosiol kan nampak kurus je?? -- soalan cliche

Alahhh, dalam fb, insta and even this blog, harus lah mak tayang gambar yang feeling kurus je. Mesti la teknik posing kena baekkk punya. The truth is, hanya dalam gamba selfie je aku boleh feeling kurus. Kalau gamba orang lain ambilkan...semuanyaaaaaa....hmmm. out out out!! Lemak bersepah okeh!!


Salah satu teknik selfie yang feeling kurus sikit. Sikit jelah tapi. Sebab PAU dua2 belah pipi tu dahsyat sangat. Teknik ambil gambar selfie kena betul, teknik senyum pun kena betul, jika tidak. Just forget about it and move on please hahaha.

Ok sekarang apa yang sedang aku lakukan untuk misi mengecilkan badan?

#1: Jaga makan, kurangkan karbo. Still ambil tapi separuh daripada biasa. Banyakkan sayur. KURANGKAN minum air manis. Sepatutnya tak boleh minum langsung tapi aku still ambil seminggu sekali @ 2 kali macam tu.

#2. Minum 3L air masak setiap hari. Berjaya!!

#3. Senaman sama ada zumba atau buat senaman sendiri di rumah.

#4. Supplement untuk boost metabolisme. Ambil jugak. Brand apa takmau cita la. Tunggu berjaya kang baru cerita. Keh keh.

So far itu lah usaha2 aku. Tak ada ambil apa2 ubat specific untuk kurus. Since still breastfeeding dan faktor usia da masuk 3 series ni, tak berani ambil ubat sebarangan. Gitew.

Jadi, macam2 dah buat, kita doa dan tawakal ajelah ye. Mana tahu kejap lagi Allah nak perkenankan doa saya. Aminnnnnnnn :)
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha