Sunday, January 31, 2016

SAKIT GIGI

Biasanya dengan anak pertama lah kita akan pelajari macam-macam ilmu parenting ni kan. Bukan semua lah, tapi kebanyakannya. So ilmu baru yang aku pelajari baru-baru ini adalah ANAK SAKIT GIGI. Yep, si mat rayyan. Gigi dia elok. Kalau senyum nampak putihhh je gigi-gigi halus dia tu. Hihi. Tapi, yang gusi lah tak berapa elok. Ada 3 lubang.


Dah tahu ada 3 lubang since last year sebab ada DentalCare datang ke tadika dan buat pemeriksaan. Dan memang telah diberitahu oleh dentist ada 3 lubang. Tp biasa lah, selagi tak sakit, tak ada lah mama papa nak ke dentist nun. Sampai lah satu hari, sakitnya tak tertanggung lagi. Menangis all night siap pakej sebut 'sakitttt sakittttt' dah rupa orang sakit nak bersalin. Huhu. Kesian sangat. Dengan mama2 join menitik air mata. Sebab kita tak dapat tolong. Paling2 ajak pergi kumur dan gosok gigi banyak2 kali bagi lega. Tengok gambar kat atas tu ha, mata dah bengkak menangis semalaman.



Setakat ini dah 3x pergi dentist. Yang pertama, berjaya tampal gigi. Berjaya tak berapa berjaya sangat lah sebab sambil tampal tu dia menangis ngamuk lah bagai. So tampalan dia tak kuat, dan menyebabkan tampalan tu hilang dan kembali berlubang. Maka terpaksa pergi visit dentist buat kali kedua dan ketiga namun, GAGAL. Dia bukak mulut pon tidak. Almost 30 minutes pujuk. Tak berjayaaaa. Huhu.

So far makan ubat tahan sakit je. Kalau teruk lagi nanti kena lah pergi dentist lagi. Kena gari dan ikat kaki tangan kot baru sonang wuwu Y___Y

3 comments:

  1. Huu sakit gigi. Kita yang dewasa pun tahan kan? Try kumur dengar air garam. :-) Semoga cepat-cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Huu sakit gigi. Kita yang dewasa pun tahan kan? Try kumur dengar air garam. :-) Semoga cepat-cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Nie perangai sama macam iman..huhu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha