Wednesday, October 12, 2016

My new skincare and the result in less than 2 weeks :)

Hai hai i'm back! Posting new post 2 days in a row is a good sign. I hope so. Hehe. Jadi, alkisahnya begini, aku telah bertukar skincare baru2 ini. Almost 2 weeks kot. Muka aku sebenarnya teruk tau uols. Pada rakan taulan di sosial network (FB instagram dan blog) biasanya tertipu je dengan muka mak yang feeling2 flawless tu. Which I'm not. Nak bandingkan flawless tu dengan muka aku adalah bagai bumi dan bintang. Sungguh. Dalam instagram bagai tu sure lah cun melecun sebab kaaaaan dah ada filter disediakan. Letak la brightness maximum, terus hilang segala jerawat segala. Liciiiiii uols. HAHA.

OK jadi masalah pada muka aku adalah:
  1. Berminyak - yang level super duper heavy punya minyak. Dalam masa 2 jam, kalau tenyeh oil blotter paper tu, abes 1 kertas tu dicover dek minyak tau tak.
  2. Lubang pori terbuka - buka bukan sikit-sikit. Besorrrr punya. Dah macam kawah asteroid langgar bumi pon ada. Sumpah sakit hati tengok.
  3. Parut jerawat - OK siapa kenal aku masa zaman belajar dulu, sure tau betapa serius kulit aku masa tu terukkk jerawatnya. Sampai hitam pipi tau. So efeknya sekarang kulit bekas jerawat lama tu berlubang2. Dan bekas2 jerawat ada jugak yang still jelas.
  4. Tone warna tak sekata - yang ni tak sure sejak bila. Tapi sejak 2 3 tahun kebelakangan ni makin jelas. Tak sure sebab kesan skincare atau parut jerawat.
Jadi, seperti point pada nombor 1, yang paling kronik adalah BERMINYAK. Jadi lepas bertukar skincare ni, antara perubahan ketara yang aku nampak adalah:
  1. KURANG berminyak. Bukan takdak minyak langsung. Tapi dah kurang dalam 50% jugak tau. Saya suka saya suka!! Hehe. Dalam masa yang sama, minyak tu macam dah bertukar sket kepada me-moist-kan kulit aku. Means, kalau lap muka dengan tisu, minyak tu tak buat bercapuk2 bedak atas muka, dia macam lap peluh je gitu. Kulit pon moist lepas lap dengan tisu/kain sapu tangan. Sebelum ni, lepas lap, kulit tu nampak kering jek.
  2. Pori nampak mengecil. Bukan katup semua tapi mengecil, mungkin sebab tu lah efek minyak tu kurang tadi kan? Alhamdulillahhhh.
  3. Parut jerawat yang aku perasan di cheekbones sebelah kiri aku tebal warna gelap. Now dah pudar sikit. yeayyyy :D
  4. Warna tak sekata ni tak sure lagi, nanti sebulan lagi kita tengok cemana k.
Haaa, pendek kata, cuba tengok gambar di bawah:

Ke-empat2 gambar ni memang tidak diedit dengan sebarang filter tau.
Atas: Kulit sekarang, pori ada katup sket. Muka dah lap tisu tapi tak touchup bedak.
Bawah: Berminyak, pori besor2, kulit nampak tak anjal, lubang2 obvious kan?

Haaaa, tak sure lah aku sorang jeke perasan tak sure lah. Tapi, sebelum ni, tepi hidung aku selalu gatal/merah dan situ lah paling cepat bedak hilang. So macam pelik tetiba merah gitu. Memang tak best. Nowwww, dah tak gatalllll tepi idung. Mak like like like hehehe.

Don't worry, product ni pakai tumbuhan, no sebum no paraben. InsyaAllah selamat. Tak bleh gtau lagi, bagi i cuba dulu for few months kan. Product ni from oversea. Bukan tak cuba produk tempat. Boleh kata, aku dah cuba lebih 30 skincare kot. Semuanya indah kabar dari rupa or simply not suitable for me. Huhu sedeyyy.

So, korang pakai skincare apa? Cer share :) :)

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha