Friday, February 19, 2016

Masalah berat badan yang tiada berkesudahan.

Nampaknya, lepas bersalin kali ketiga ni, adalah yang palingggggg susah nak turunkan berat. Memang lah dah turun 14kg dari masa sarat pregnant sebelum baby keluor tu. Tapi........................ Berat yang berbaki dan perlu dinyahkan dari badan ni adalah 10kg lagi. Ya benar, ya benar, I am fat and not in a good shape.

Dalam media sosiol kan nampak kurus je?? -- soalan cliche

Alahhh, dalam fb, insta and even this blog, harus lah mak tayang gambar yang feeling kurus je. Mesti la teknik posing kena baekkk punya. The truth is, hanya dalam gamba selfie je aku boleh feeling kurus. Kalau gamba orang lain ambilkan...semuanyaaaaaa....hmmm. out out out!! Lemak bersepah okeh!!


Salah satu teknik selfie yang feeling kurus sikit. Sikit jelah tapi. Sebab PAU dua2 belah pipi tu dahsyat sangat. Teknik ambil gambar selfie kena betul, teknik senyum pun kena betul, jika tidak. Just forget about it and move on please hahaha.

Ok sekarang apa yang sedang aku lakukan untuk misi mengecilkan badan?

#1: Jaga makan, kurangkan karbo. Still ambil tapi separuh daripada biasa. Banyakkan sayur. KURANGKAN minum air manis. Sepatutnya tak boleh minum langsung tapi aku still ambil seminggu sekali @ 2 kali macam tu.

#2. Minum 3L air masak setiap hari. Berjaya!!

#3. Senaman sama ada zumba atau buat senaman sendiri di rumah.

#4. Supplement untuk boost metabolisme. Ambil jugak. Brand apa takmau cita la. Tunggu berjaya kang baru cerita. Keh keh.

So far itu lah usaha2 aku. Tak ada ambil apa2 ubat specific untuk kurus. Since still breastfeeding dan faktor usia da masuk 3 series ni, tak berani ambil ubat sebarangan. Gitew.

Jadi, macam2 dah buat, kita doa dan tawakal ajelah ye. Mana tahu kejap lagi Allah nak perkenankan doa saya. Aminnnnnnnn :)

Wednesday, February 17, 2016

Happy 3rd Birthday My ONLY Princess ;)


Ha nampak tu ONLY Princess okay ;) Adeii. Okay ape, jadi anak tunggal perempuan kan. Baru exclusive sikettt. Betul tak betul tak? Mama kan ada, girls team kenn. Nanti mama jadi BFF hasya, hasya jadi BFF mama k mihmih :)

Cepatttt dah masa berlalu. Udah 3 tahun anak teman ni haaa. Omei omei manja manja busyuk masyam ni. Eeee geram. Sayang hasya sangat2. Dan perkembangan terbaru dia yang sangat obvious adalah cara dia bercakap yang makin lancar dan vocabs yang bertambah. Alhamdulillah.

Sempena harijadi ke-3 hasya, adalah buat makan-makan sikit. Panggil sedara mara terdekat je. Adik bradik dan sepupu sebelah Terengganu yang tinggal di KL. Dalam 15 orang (termasuk kanak-kanak) je semuanya. Sebab mama masak sendiri, jadi tak mampu nak main masak-masak banyak2. Peralatan dapur pon serba serbi kekurangan gitu. Jadi, apa adanya ajalah. Rezeki2 tetamu pertama kami untuk acara makan2 di rumah baru (baru beli, tapi rumah lama je nokk T__T).

Menu:
Nasi ayam (2 ekor ayam, 6 pot nasi)
Spaghetti Aglio Olio (1 peket)
Kek
Nasi dagang dan kuih (sis-in-law sponsor :p)

Plan dalam masa 2 hari, ni jer yang sempat ketang ketunggg kat dapur. Dah macam sotong tangan mama. Kalau lah kaki boleh tolong masak, kaki pon menyotong skali ahahah. Papa haruslah busy jaga baby sambil mama masak. Kemas2 rumah skali. Gituu.


Tetamu sampai je terus makan. Ada 3 family je pon. So siapa sampai dulu tu terus makan. Sebab space limited. Dah sampai semua baru potongggg kek :)


Tuuu dia awek 3 tahun potong kek. Masa nyanyi lagu harijadi pun dia tersipu-sipu. Dah tak berapa ada mood sebab masa ni dalam pukul 3.30pm. Seharian aktif dengan sedara mara belum sempat nap. Letih dah mekkk.


TQ cayangggg ^___^


Makan kek pon terbelek2 tak berapa ada mood. Ngantuk sangat2 dah ni. Siap makan kek terus tido sampai tetamu balik pun tak sedor ^_-


Abang yang cergas tenaga dia sebab memang seronok sangat kalau sepupu2nya datang. Memang tak ingat dah mama papa. Huhu. Kesian abang nak kek happy birthday jugak. Nak kek thomas lah apa lagi. Belum pernah dapat lagi kek tema thomas. InsyaAllah tahun ni k sayang. Tapi lambat lagi lah. Bulan 11 karang hehehe.

Sekian saja cerita birthday si mekcha. InsyaAllah nak buat lagi 1 birthday party kat sekolah pulak. Tak ada lah beriya sangat. Bawa kek dan makanan2 sikit untuk appreaciate cikgu dan happykan kawan2 mekcha :)

Until then, entah bila nak update blog lagi. Weeeheee.

Wednesday, February 3, 2016

Test Darah? Saspek Denggi?

Alhamdulillah. Dugaan kecil Allah bagi. Buat kita rasa insaf dan lebih mendekatkan diri dengan dia. Kadang2 kita dah tersasar jauh, bila diuji begini kita akan kembali pada Dia. Manusia. Aku tak cakap orang lain, aku cakap aku lah. Mudah alpa. Jadi bila keluarga diuji macam ni, setidak2nya ia mengingatkan kita yang alpa ni. Jadi bersyukurlah dengan ujian2 ini. Keep positive -- ustazah ciare :D

Jadi baru2 ni, #nurhasyahadirah demam on off selama 5 hari. Memang susah hati lah tak terkata. Malam je demam, demam je malam. Sampai hari kelima tu, dia demam sepanjang hari. Tak ada pergi doctor awal2 tu sebab stock ubat demam sentiasa ada di rumah. But since tak elok2, hari kelima tu terus pergi ke Azzahrah. Bagitau doctor dah demam 5 hari. Dan memang ada kes demam denggi area perumahan tu. Even cikgu rayyan ada kena demam denggi awal tahun tu. Tak tahu dia kena di rumah atau di sekolah. Tadika rayyan dan taska hasya sebelah2 je. Maka risau sangat2.

Doktor dengar je macam tu, terus decide nak ambil darah. Dag dig dug jantung macam nak terkeluar dah. 



Budak nak kena ambil darah, relaxxx je. Tak nangis tak ngamuk. Berkerut dahi sikitt je. Ya Allah, bangganya dengan anak mama ni. So brave!!!

Kalau abang lah, takut nak imagine dia kena cucuk. Mahu lah habis mama papa nurse kene penerajang kot huhuhu. Mujur lah rayyan ni jarang sakit demam pelik2 so takde la kes cucuk2. Cuma sakit gigi je lately. Haih

Jadi resultnya?? ALHAMDULILLAH. Cuma demam virus biasa aja. Musim agaknya. Berjangkit2 kat taska kan. Syukur lah nak. Mama risauuu sangat sebab acha ni selalu sakit demam batuk selsema. Antibodi x kuat ke guane ni? T__T

Begitu lah kisah Hasya menjadi saspek denggi. Nyamuk aedes pergi kau jauh2. SHHUUHHH.


© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha