Tuesday, December 27, 2016

Projek Cuti Sekolah?

Tuu dia. Berabuk 2 bulan tak update blog. Asik lah hangat2 chicken shit gitu huhu. Anyway, tak tahu lah apa sangat kebusyan melanda sampai tak sempat sapu habuk kat blog ni kennnn 😁

Cuti sekolah pun dah nak habis. Seminggu lagi abang akan memulakan sesi persekolahan kemasukan darjah 1. Seriously, abang? Dah nak sekolah? Mama rasa lagi sakit2 bersalinkan awak dulu, my forever baby boy walopon dah besor panjang 😭😭😭


Sempena cuti sekolah ni, tak ada lah projek apa2 sangat. Cuma bercuti dekat2 due to budget dan of course sebab papa susah nak dapat cuti. Janji dapat cuti2 holiday walaupun takde lah sampai ke oversea sana ken. Tengok jela gambar kawan2 pergi oversea dan teruskan berangan untuk sampai ke sana suatu hari nanti 😂

Cuti skolah ni, abang cuma ada kelas 2 jam sehari untuk revision dan memantapkan bacaan. So banyak lah masa lebih dia. Kadang2 bawa ke opis, kadang2 work from home. Time mama perlu ke opis baru lah dia tinggal di taska dengan adik2. Ada masa lebih tu, rajen la sikit mama baking2 apa yang dia request. Forever favourite of course lah kek/muffin coklat. Baby Rafif pon suka coklat2 ni. Kakak Hasya je tak berapa suka. Dia suka makan nasi dengan kuah kari/masak lemak cili api. Hehe. Comei jek 😝😝😝

Em tu jela sempat tulis kot buat masa ni. Jumpa lagi di entry lain, entah bila 💋💋💋
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha