Friday, January 13, 2017

Anak mama da skolahhhhhh 😭😭😭

Siapa sangka, besar dah anak mama. Dah masuk darjah 1. I am sooo proud of you abang Khair Rayyan. Alhamdulillah.

Pagi: KAFA
Tenghari: Transit KAFA
Petang: Sek Keb

Okay mama nak cerita sikit 1st week punya cerita. Nanti abang da besar boleh baca ni dan gelak pada diri sendiri 😋

1st day: Memang excited nak ke sekolah. Tapi sedikit terkejut sebab pegi skolah lain (agama) sebab dia excited nak pergi skolah kebangsaan since kali pertama dia pergi skolah masa hari orientasi bulan 11 last year. Tapi just bagitau dia, pagi kat sini (kafa) petang nanti pergi sek keb. Dia pun happy. Tengahari pergi Sek Keb hari pertama mama papa bawa. Punya lah lama menunggu sampai dia cranky mengamuk2 menangis. Terpaksa papa bawa masuk kelas walaupun cikgu dah warning parents tak boleh ikut masuk kelas. Dalam 15 min macam tu dia dah bertenang dan kami tinggalkan dia dalam kelas. Waktu rehat 3.10pm tengok dia di kantin, makan bekal sampai habis. Elok je mood dia. Alhamdulillah. Petang 6pm pula time balik sekolah happy je. Lega mak.

2nd day: Dah happy pergi kafa dan sek keb. Tak ada nangis. Mama papa masih skodeng dia waktu rehat. Dan ambil waktu balik.

3rd day: Pergi kafa papa hantar. Lepas kafa pergi transit (sebelah kafa) then 1st time naik van ke sekolah. Kami skodeng dia naik van, excited rupanya naik van. Mama ingat dia akan nangis, tak rupanya. Legaaaaa. Syukur Ya Allah.

4th day: Hari terakhir boleh skodeng di skolah sebab next weeknya cikgu tak bagi dah parents sesukahati masuk kawasan sekolah.

Begitu lah serba sedikit cerita rayyan masuk sekolah. Walaupun masih agak mencabar bab bangun bagi, tapi at least dia tak tantrum, cuma liat sket je bangunnya. Harap dalam masa sebulan dua ni, akan lebih senang bangunnya. Aminnn.

:)

So, anak korang yg masuk darjah 1 cemana?? :)

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha