Wednesday, April 12, 2017

Happy 4th Birthday Nur Hasya Hadirah!

Acha
Dira
Chadira

Haaaa banyak sangat nama timangan anak gadis tunggal mak ni kat rumah. Pejam celik pejam celik, 4 tahun doh anok puang mama 💘 Tak sangka benar rasanya, begitu cepat awak membesar akak sayang 💋

Unfortunately, sambutan harijadi terlewat 3 minggu. Sebab 2 minggu dia terkena chicken pox. 1 week lagi adik pula yang kena. Siannn sangat. Huhu. Tapi, janji tetap janji, jangan sekali dicapati okey. So, layan lah beberapa gambar pada hari kejadian ye 😚

 Waktu yang ditunggu2 sekian lama, acara memotong kek 💗

Deco simple by yours truly. Semua rembat from #diyStore

Jemput cousins belah Terengganu jek.

Ada lah tetamu dalam 5 family. Time ramai dah tak sempat posing plak

Masak sendiri je lauk simple2 je chuols. Kalau tetamu dlm 10-15 orang bleh la masak sendiri. Lebih dari tu kena oder pasal tak cukup kelengkapan memasak kekdahnya.

Nasi daging + air asam kerisik utagha style + sup fishballs

Pasta aglio olio ;)




Happy sangat2 dorang ni. Banyak Acha dapat presents walaupun jemputan short notice je. Rezeki dia. Rezeki abang adik jugak tumpang main sama hehe.

Next, birthday adik pula July nanti. InsyaAllah kita combine dngan jamuan raya. Moga ada rezeki terlebih nanti Allah hantarkan. Aminnnn :)


Monday, April 3, 2017

Happy birthday #khairrayyan :)

Minta maaf ye. Ini sebenarnya adalah birthday yang ke-6 tahun lepas. HAHAHA. Dah 5 bulan berlalu baru nak update. Lagi 7 bulan abang dah nak masuk 7 tahun. Mamanye pon... Hehe. Takpe lah janji nak simpan jugak kenangan birthday dlm belog mama ni 😊

Jadi pada hari kejadian, 16 Nov, kami pon sambut birthday abang di rumah. Hanya kami 5 beranak dan Opah. Tak ada penggil tetamu pun. Janji ada potong kek, tiup lilin dan hadiah. Poooon dah happy sangat.
 
 Abang bersama kek harijadinya.
Menu dinner adalah nasi ayam. Nyum nyummmm 😳😳

 😍😍😍

 😍😎



 Eh terselit pula gambar masa hari graduasi Tadika abang. Hehe.

 😉😉😉

Dan masa ni, sambutan harijadi di Tadika. Pasal abang nak tiup lilin kat sekolah dan bagi goodies pada kawan2. Kebetulan kat skolah ada jamuan akhir tahun, so join lah skali majlis tu. Of course dia nak kek idaman dia. Kek Thomas and Friends gtuuuu hehe.

 Abang suap mama...

 Abang suap Adik jugak.

Actually acha nyebuk je. Pasal taska sebelah tadika je. So apa salahnya ajak adik skali. Rafif tak join pasal dia tengah tidur nyenyak di taska masa ni.

Hmm sekian sahaja kisah harijadi ke-6 abang. Mama doakan Khair Rayyan sentiasa sihat ceria dan menjadi anak Soleh ye. Amin..... I love you sooooooo much khair rayyan. You are my life...
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha