Monday, February 5, 2018

13 Hari Lagi Menjelang EDD Baby #4

Tanda-tanda hari bersalin semakin hampir...

#1. Perut 'drop'. Bukan lah drop (jatuh), literally. Seram pulak kalau jatuh kan. Huhu. Drop tu maksudnya, perut sedikit turun. For now, macam dah jatuh sikit dalam separuh tapak tangan. It's okay next checkup kita confirmkan dgn doctor.

#2. Braxton hicks atau Tony Braxton. Hehe. Aku suka panggil tony je kalau sembang dgn my sisturs haha. Yang ni tak sure lah aku alami ke tak. Tapi, baby suka buat aksi mengeras-ngeras sampai mama kejung terlantar tak bisa berbuat apa2. Pas pujuk2 gosok2 dia..baru dia lembutkan sket badan dia...

#3. 'Bloody show' - Kalau yg ni biasanya dah hampir sangat dengan waktu melahirkan. Masa bersalin the boys, memang keluar tanda darah dulu, then baru sakit muncul. Hasya kes lain sebab induce.

#4. Water breaks - hmmm kalau yg ni keluar memang lagiii lah hampir. So far pecah ketuban secara natural hanya masa anak sulong. Itu pon tak keluar sekaligus, dia keluar sikit meleleh2. Sampai confuse ini air ketuban ke kencing? Nak tau senang je, air ketuban takda bau dan warna. Masa kali kedua & ketiga, ketuban semua dipecahkan oleh nurse/bidan.

Hmmm. So uols cemana? Tanda yang mana satu mai dulu?

:)

Note: This is my last working week for me. Sabtu sampaiiiii bersalin dah buleh relax2 kat rumah. Suka suka!! :D

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha