Wednesday, April 4, 2018

Alhamdulillah, it's a boy!! :)

Cewah kemain lagi nak umum bagaikan, padahal cite da basi dah. Ekeke. Tapi takpe, uols buat2 terkejut tau baca ni :p

Maka, bermulalah kisah menjadi emak beranak 4 iols since 11.01pm 16 Feb 2018. Alhamdulillah, Allah permudahkan proses bersalin iols. Rasa nak bersalin lagi? Thanks, but no thanks hiks :D

Nama anakanda ke-4 weols, Muhammad Khair Rifqi. Alhamdulillah. Lepas berhempas pulas mencari idea apa nama nak bagi dia, ini yang dipilih. Terima kasih di atas bantuan Ustaz Amal dalam pencarian nama bayi terchenta ini.

Harini, dah nak masuk 5 minggu dah usia beliau. Semoga anakanda bongsu mama (serta kakak & abang2 juga) membesar dengan sihat bijak dan taat pada suruhan Allah swt. Jika taat pada Allah, insyaAllah automatik akan taat pada mama & papa juga. Aminnn.

Jom layan throwback sikit. Cerita pengalaman bersalin, err entry lain kot. Or maybe tak perlu ke hihi.

Alahai tak terzoom pula yer. Ini dalam nicu. Sebab baby perlukan bantuan oksigen since dia ada sikit terbelit tali pusat masa proses kelahiran tu. 

Ni pula warded, sebab dapat jaundis dalam masa 24jam selepas kelahiran. Biasanya jaundis memang ada, tapi bermula 48jam selepas kelahiran doktor kata. Jika kena awal, kena rawat lebih sikit. Anything you said Dr, demi kesihatan baby, kami turut kan. 

Yeay, bayi dah pulang ke our home sweet home. Ni usia hari ke 3.

Begitu lah serba sikit throwbacknya ya. Lain kali kita cite lebih banyak k. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga Allah balas doa2 anda utk kesejahteraan anda2 semua jugak. Aminnn.

Xoxo;
Mak anak 4 hehe

3 comments:

  1. Dah lama follow awak. Dah 4 orang cahaya matanya ye. Alhamdulillah, tahniah selamat berpantang!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. bertambah anak sedara kita.. hehehe. Tahniah Cia!! - KH

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha